Sunday, May 24, 2009

best of '08 #2


Hai lama bebenor plak nak kuar ranking 2 teratas ni ye. Sebenarnya pe yang aku nak cakap ni dah tercetus beberapa minggu yang sudah dah pun. Cuma minggu yang agak havoc ini berjaya membantutkan hasrat ini. Dengan PC kat umah tak boleh online, virus ke ape tak taulah...mungkin mintak diganti agaknya. Hari kemuncak untuk minggu lepas aku sprained back muscle aku beb. Aduh sakit betul...sakit sampai sesak napas bayangkan aku bawak motor, makan, apa2 lah...tegak je badan ni aa. Fuh. Dah ambik painkiller kat klinik baru lah lega sikit...


Oklah dah abis cite perihal minggu lepas, berbalik kepada ranking album terbaik 2008 kita ye. Selepas album Coldplay 'Viva la Vida or Death and All His friends' mengisi kedudukan ketiga dengan ini aku meletakkan album debut dari Fleet Foxes sebagai kedua terbaik 2008.


Fleet Foxes semakin popular lewat 2007 selepas lagu mereka mendapat sambutan dan pendedahan di Myspace dan rekod label tersohor Seattle iaitu Sub Pop lantas menjadikan mereka recording artist di bawah label mereka selepas melihat bakat anak2 muda ini.


Album debut ini bagi aku sungguh merdu & harmoni sebenarnya. Apa kata anda masukkan album ini di dalam ipod, iphone anda atau apa2 sahaja dan dengarlah sambil menyaksikan panorama matahari terbenam. Cubalah!

Terdapat 11 lagu di dalam album ini yang kedengaran fokusnya terarah dan setiap lagu bagaikan saling berkait antara satu sama lain dari segi melodinya. Lagu 2nd track 'White Winter Hymnal' bolehlah aku katakan dan tak keterlaluan aku katakan hampir setahap dengan karya2 The Beach Boys ataupun Bob Dylan. Klasik! Pada usia awal 20an dan pada album debut...what do you expect?

Lagu-lagu lain masih mengisi ruang album ini dengan baik dan pada first listen mungkin anda rasakan album ini agak bosan. Ia memerlukan pendengaran berkali2 dan barulah anda dapat merasakan keistimewaan album ini. Melankolik, santai, merdu.

'He Doesn't Know Why' juga punyai pengaruh kuat The Beach Boys & 'Oliver James' mengingatkan aku pada Nick Drake. Album ini lebih terarah pada folk rock & baroque jam yang pasti mampu mengubat gundah gulana di hati anda.


Rating : 41/2/5

Wednesday, May 13, 2009

best of '08 #3


Selepas beberapa ketika membaca review penulis2, mendengarkan sendiri album2 terbaik 2008, menilai serba sedikit, membanding antara satu sama lain..akhirnya aku sampai ke peringkat merumuskan apa yang aku dah buat ni. Dan senarai panjang best of the best 2008 ini aku pendekkan ke 3 terbaik. Jadi aku mulakan dengan album terbaik di tangga ke-3 bagi aku ye. Ada 2 album yang menarik perhatian aku mengisi & bersaing untuk tangga ke-3 ni iaitu Coldplay "Viva la Vida or Death And All His Friends" & Portishead "Third". Walaubagaimanapun selepas ditolak ditambah diulang dengar aku memilih album ke-4 Coldplay sebagai album ke-3 terbaik 2008. Album terbaru Portishead juga baik tetapi mungkin (bagi aku) audiencenya kurang meluas kerana album itu agak terikat dengan satu arah sahaja iaitu elemen yang biasa mereka bawakan dan sinonim dengan mereka iaitu trip-hop dan elektronik. Barangkali fans atau peminat genre ini yang akan lebih menghargai album ini. Berbeza dengan album 'Viva' dari Coldplay, rata-rata audience sudah pun mengenali band ini dari era 'Parachute' lagi, dan sudah terbiasa dengan sound dan lagu mereka yang sudah tentunya sering diputarkan di radio atau MTV. Dalam album terbaru ini, pada aku...jangan terpengaruh dengan single-single yang dikeluarkan untuk album ini. Maksudnya anda perlu mendengar keseluruhan album untuk menilai maturity Coldplay. First time aku dengar "Violet Hill" bagi aku cuma "boleh la tahan" kemudian muncul pula single "Viva la Vida" aku cuma"apa dah jadi dengan Coldplay..". Dan rata-rata teman-teman juga mengatakan Coldplay terbaru"kureng". Jadi aku ambil langkah mendengarkan sendiri album yang memenangi Grammy kategori Best Rock Album 2009 ini. Dan personally, aku merasakan album ini, secara musically dan dari sudut idea, album ini adalah terbaik dalam katalog Coldplay (bagi aku....ok lah mungkin 2nd selepas A Rush of Blood to the Head). Tidak ada lagu filler, tak ada lagu main2,sangat kompak, album yang rilex & enjoyable. Ada 10 lagu dan tau2 sahaja dah sampai ke lagu terakhir. Sangat sesuai buat anda yang tensen di pejabat, ambil headphone pastu pasangkan album ini dengan volume sederhana. Pasti anda bersemangat kembali. Album ini mendapat sentuhan Brian Eno sebagai producer bersama,tapi rasanya dengan kehadiran beliaulahyang membentuk sound dalam album ini secara keseluruhannya.
Siapakah Brian Eno? Brian Eno bolehlah dikatakan 'quiet legend'. Beliau adalah musician, pembikin album, cikgu music, komposer dan sebagainya. Sebagai musician beliau memulakan langkah pada 70's sebagai pemain keyboard kumpulan Roxy Music. Beliau bergerak solo kemudiannya dan diangkat oleh musician seangkatan dan pengkritik music sebagai 'father of ambient music'. Tahukah anda bila anda on je PC anda masa nak masuk Windows tu kan ada macam sound pendek tuh,yang dalam 4/5 saat camtu lebih kurang, beliaulah penciptanya, yang diminta oleh Microsoft untuk create sound tersebut pada 1994. Mungkin kita boleh bercerita lagi perihal Brian Eno dan album2nya di masa depan ye.
Berbalik kepada album 'Viva'...aku tak memilih satu2 lagu yang best nak dihighlight sebab overallnya bagus. Aku cuma skip lagu "Viva la Vida" je yang sudah terlalu banyak diputarkan di radio tu. Tapi kalau nak single out pilihan aku, aku memilih lagu "Yes" & "42" sebagai yang most of the best. Lagu "Yes" ni ada 2 part sebenarnya dimana lagu hidden song (lagu 2nd part)yang paling menarik minat aku (bertajuk Chinese Sleep Chant). Album ini mungkin ada mengambil style dari kumpulan Arcade Fire yang mana struktur kebanyakan lagu yang bermula perlahan, mellow dan bila hampir ke penghujung tempo berubah menjadi pantas dan upbeat. Vokal Chris Martin juga dah tak 'tarik-tarik' mendayu-dayu lagi dalam album ni.
Album 2 teratas 2008 dalam post seterusnya.
Rating : 41/2/5

Sunday, May 10, 2009

best of '08

Sedar2 je dah hampir separuh tahun dah dalam tahun 2009 ni.dalam buat rutin harian, bekerja, makan minum, tido, bergelak ketawa..tak sedar masa pun berlalu. Aku tak berniat nak berhujah mengenai masa dalam entri kali ni cuma ingin mengimbau sedikit sebanyak mengenai produk terbaik pada 2008.
Terlalu banyak nak diperkatakan mengenai produk yang keluar pada tahun lepas. Jadi aku sekadar membuat kesimpulan album2 terbaik yang paling banyak mendapat kritikan positif dari para pengulas, majalah, blog dan sebagainya. Fans Coldplay pastinya teruja dengan album 'Viva la Vida or Death and All His Friends', album ke-4 mereka yang dirilis pada tahun 2008 juga, menanti kesinambungan daripada album X&Y adakah mampu mengekalkan momentum dan sound mereka, adakah lebih baik atau tidak. Kugiran alternative lagenda R.E.M turut kembali dengan album ke-14 iaitu 'Accelerate' selepas album sebelumnya 'Around the Sun' gagal mendapat tempat di hati peminat. Katy Perry juga antara nama baru yang turut menggegarkan corong2 radio mahupun ringtone pada enset muda mudi dengan lagunya yang catchy itu melalui album debutnya 'One of the Boys'. Persoalannya yang manakah album terbaik 2008?

Saturday, May 2, 2009

Rezeki

Malam hari Jumaat yang lalu, tengah bersantai2 lepas pulang mencari rezeki...tiba-tiba salah seorang sahabatku mengalihkan rancangan television yang juga berjaya mengalihkan perhatian aku. Rancangan 'Grand Finale' One in Million yang memang hangat diperkatakan tu lah. Sebab apa ianya hangat diperkatakan (pada firasat aku la...) adalah oleh karena salah seorang daripada finalis yang tiga orang tu berebutkan hadiah utama bernilai wang satu juta ringgit adalah Shah Indrawan ataupun Tomok yang memang sudah dikenali rata2 masyarakat Malaysia wajahnya , Melayu khususnya. Ya RM1 000 000.Ada 6 sifar ya. Bukan 2 dan bukan juga 3.

Wow! Jadi tanpa tak sengaja aku pun tertarik nak lihat apa yang menariknya pada 3 orang finalis ni. Apa yang bestnya sampai pemenang dinobatkan sebagai jutawan pada akhir nanti. Adakah showmanship begitu menggetarkan jiwa penonton yang melihatnya saling tak tumpah seperti Freddie Mercury? Adakah peserta wanitanya yang bertubuh gempal tu mampu buatkan penonton terpaku dan terkesima dengan lontaran suara yang dasyat dan mantap laksana Aretha Franklin? Atau mungkin personanya sendiri sudah cukup buatkan penonton menggila seperti hangatnya persembahan Mick Jagger atau Jim Morrison?

Jadi aku tertanya2 dan ternanti apa yang bakal disajikan perserta finalis ini. Gegak gempita penonton di dewan persembahan akhir ni pun dah cukup hebat dah walaupun aku berada di rumah di depan TV 14 inci ni boleh terasa atmospherenya yang mampu menegakkan bulu roma tuh. Dasyat sekali. Jadi persembahan pun bermula lepas seorang, seorang lagi mengambil tempat dan setiap peserta diberi peluang menyanyi dua kali (kalau tak silap aku mana tau ada part yang aku terlepas pandang heh..). Dan Shah Indrawan lah yang paling menarik minat aku sebab bila sampai sahaja turn beliau, penonton menggila tak hengat terjerit terlolong tunggang terbalik muntah darah dan sebagainya. Wow!

Jadi aku tertanya2 sekali lagi apa yang ex frontman New Boyz ini (ex atau masih wujud lagi(?) sila betulkan kalau silap) mampu berikan dalam persembahan beliau sebab aku (walaupun agak negatif) bagaikan dah boleh expect apa yang bakal aku saksikan. Pernah juga aku bersama sahabat handai sebelum ini lepak berbual sambil mempersoalkan apa yang istimewanya beliau sampai berjaya ke final pertandingan ni. Ada yang kata Tomok dah lain rambut dah tak belah tengah lagi dah macam budak2 shuffle skang ni dah up-to-date beb dah tak main lagu tangkap leleh ni beb, ada yang kata Tomok tak sengau lagi, showmanship dah bagus, ada yang kata Tomok nampak laksana penghibur professional di pentas. Mm...

Jadi apabila beliau mengambil tempat di pentas final, tak pasti lagu apa yang dimainkan (tak ingat pun sebenarnya) bagi aku beliau ok & biasa2 sahaja. Tetapi aku cuma agak terkejut dengan kritikan juri profesional yang menghamburkan pujian yang tinggi melangit gah sekali dengan persembahan beliau. Tapi hakikatnya juara pada pertandingan ini adalah beliau iaitu Tomok yakni Shah Indrawan.

Sebenarnya apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah sesungguhnya rezeki itu di tangan Allah S.W.T. Sudah ditetapkan rezeki beliau maka begitulah hendaknya. Begitu juga dengan rezeki aku hanya Allah S.W.T yang tahu...

Followers

About Me

My photo
music enthusiast & entrepreneur