
Dengan ini..album terbaik 2008....(drum roll please....) aku kalungkan kepada album ke-4 TV on the Radio berjudul "Dear Science".
Karya yang aku rasa kalian wajib dengar. One word......mindblowing. Ada 11 lagu yang pelbagai directionnya, bagaikan anda mendengar 11 band berbeza bermain dalam satu album..pendek kata bagaikan album kompilasi..(bukan kompilasi tangkap leleh -4 ye..). Album ini bagaikan cuba bermain dengan emosi insani anda, menenangkan hati gundah anda dan proud to be yourself. Tema, melodi yang pelbagai..ruang lingkup yang luas dan tak terlalu bising. Vokal Tunde Adebimpe yang unik dan powerful memberikan impak besar pada keseluruhan album. Lirik yang enigmatik membuatkan anda tertanya2 apakah maksud sebenar sebahagian besar lagu2 dalam album ini. Pengisian 'album' sebenar dan agak sukar mencari lagu filler yang mana kualitinya dari awal hingga penghujung.
Rating :5/5