Chi Cheng, pemain bass untuk kugiran Deftones kini masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan koma, akibat daripada kemalangan kereta yang dasyat pada akhir 2008. Frontman Chino Moreno dipetik berkata "It deeply saddens me to inform you all that our brother Chi Cheng was involved in a terrible car accident last night. He is currently in a Northern California hospital in serious, but stable condition. I am on my way up north right now to be by his side, along with the rest of our bandmates and family. Chi is one of the strongest people I know, and I'm praying that his strength will get him through this. Please say a prayer for him as well."
Disebabkan itu juga release Deftones terbaru berjudul 'Eros' terpaksa ditangguhkan buat satu masa tertentu apabila band ini tidak akan meneruskan segala proses berkenaan album tersebut dan meletakkan segalanya 'on hold' buat seketika.
Tuesday, April 28, 2009
Wednesday, April 22, 2009
model tahun ini...

Baru-baru ni aku berpeluang mendengar satu album yang aku download secara rawak sahaja...(maksudnya saja2 test & kebetulan sahaja). Album ni bertarikh 1978 (maksudnya beberapa tahun sebelum kelahiran saya heh). Walaubagaimanapun aku terpaku sebaik mendengarkan track kick-offnya iaitu 'No Action'...fresh, segar, bugar, dinamik! Aku sendiri merasakan tak banyak album2 selepas tahun kelahiran penulis (mahupun masa kini) yang mampu create satu atmosphere yang segar cenggitu. Dipendekkan cerita album ini bertajuk 'This Year's Model' dari Elvis Costello & The Attractions. Ada 12 lagu semuanya dan berdurasi 35:44 minit. Agak singkat sebenarnya pada durasi tapi tidak pada idea, hook dan melodi segarnya. Album ini sendiri diiktiraf dalam kebanyakan carta sebagai album terbaik eranya dan juga berada pada tangga ke-98 carta 500 album terbaik sepanjang zaman kelolaan majalah Rolling Stones. Selepas sahaja lagu 'No Action' yang sebenarnya sepanjang 1:58 minit sahaja....lagu 'This Year's Girl' pula menjelma lantas emosi bergolak dan terikut dengan hooknya yang sungguh melodious....hebat sungguh...bouncy, tasty, mantap...lantas kaki pon ikut bergoyang sendiri. 'The Beat' masih ok walaupn tak sehebat impak 2 track awal tapi mood dan tempo naik kembali pada lagu anthemic 'Pump It Up' yang juga merupakan single pertama album ini. 'Little Triggers' masuk...mellow tetapi texture yang sangat baik membuatkan lagu ini one of the favourite bagi aku oleh kerana elvis bawakan lagu ini sepenuh hati dengan vokal yang bekarakter. Memang vokalnya diexpose dan menguasai serta membentuk lagu ini. Antara lagu hebat lain seperti 'Hand In Hand', 'Lip Service', 'I Don't Want To Go To Chelsea', 'Radio Radio'.
Senang cerita sekali dengar kalian akan terbawa2 melodi lagu2 dalam album ni buat jangkamasa yang lama. Melekat kat kepala. Overallnya album ini berkonsepkan punk (sedikit pop) dan new wave (antara bentuk sound awal new wave ketika itu). Simple & catchy.enjoy.
Rating : 5/ 5
Sunday, April 12, 2009
yoshimi battle the pink robot..

Dah lama nak dengar album ni..tapi arini baru kesampaian....Yoshimi Battle the Pink Robot dari The Flaming Lips..easy listening...agak ringan cuma unsur elektronik agak lebih sikit kadang lebih dominan dari guitar work...kalau korang ada masalah tido ke boleh juga try dengar album ni (x bemaksud die boring tau..). Lagu yang menarik bagi aku adalah seperti 'Fight Test', 'Are You A Hypnotist??' (perhatikan/perdengarkan drum worknya yang menusuk kalbu...bg aku la :P), 'Do You Realize??' (single pertama dari album), 'Yoshimi Battle the Pink Robot, Part 2' (??).
Tapi aku rasa album ni agak lebih sikit perisa psychedelic...kena tahan sikit (macam korang dengar album pink floyd juga ;) )
Rating : 4/5
Saturday, April 11, 2009
af vs epl........af menang
hai tengah2 ada waktu senggang ni syok juga dapat layan epl..owh sunderland lawan united minggu ni....layan....tiba2 kedengaran alunan 'pasti berjaya di akademi~~~'...owh adindaku dengan terujanya dah tekan pun butang pada kawalan jauh ke chanel sekian sekian....ketibaan ibunda tercinta pula menyertai 'transformasi' yang dicipta adikku tadi....adui...nak bawa diri keluar tengok kat kedai mamak hujan pulak....tambah lagi kalau layan bola kat kedai mamak ni tak sedap kalau tak 'berasap'...padahal aku dalam proses nak menjauhi asap tuh....haii jadi bawak la diri post kan di blog aku yang masih bayi nih...
jimmy chamberlin tinggalkan smashing pumpkins..?
ait....titibe jek....sape jimmy chamberlin? ape kaitan smashing pumpkins tu dengan claudia af7? nape nak tinggalkan si pumpkin tu?....dan smashing pumpkins akhirnya tinggal la billy corgan seorang sebagai ahli...dan memang sepatutnya begitulah..."it is his right" bak kata chamberlin.
sape plak billy corgan? ape kaitan billy corgan dengan budak2 shuffle skang nih..? haha
smashing pumpkins yang penah keluakan album siamese dream yang ada lagu 'today' 'disarm' dan sape2 yang penah main game Guitar Hero 3:Legends of Rock mesti ingat lagu 'cherub rock'...begitu jugak dengan album Mellon Collie and the Infinite Sadness (peberet gua ni beb!) double album, banyak lagu2 best, time ni jugak la smashing pumpkins menginjakkan diri ke mainstream dan mengestablishkan diri sbgai one of the most importat band in 90's...tambahan pula rival si billy masa tu adalah kurt cobain...dan time tu iaitu 90's sehingga la di awal millenium smashing pumpkins adalah wajah2 biasa di mtv ditambah pula imej billy yang mula membotak licin kan kepala dan tshirt iconicnya yang tertera '666' tu sekadar menambahkan lagi populariti kugiran ni..
line-up mereka yang paling berjaya terdiri dari billy sendiri, james iha, d'arcy wretzky dan jimmy chamberlin...
dipendekkan cerita band ini dibubarkan sepenuhnya pada tahun 2000....sebelum bergabung kembali dalam pembikinan album latest diorang iaitu 'zeitgeist' pada 2007 yang mana hanya billy dan jimmy yang kembali masa tu....dibantu dengan sessionist.dan pada march 2009 jimmy cakap dia nak keluar dari band dan memutuskan komitmen dengan smashing pumpkins.maka tinggal la si billy beseorangan...

Assalamualaikum....
akhirnya terbuat sudah pe yang aku berhajat nak buat selama ni.biarlah aku dikata ketinggalan zaman kolot ke ape yang penting aku dah ada blog sendiri pasni.hehe....lega dan puas sudah.harini 11 April 2009.lambat 10 tahun sejak 'blog' diguna secara meluasnya.HAHA..tak kesah la kan.APA ADA HAL.jadi kat sini aku cuma cuba nak berkongsi interest aku atau apa sahaja yang terlintas di kepala ni.harap kalian enjoy.
Subscribe to:
Posts (Atom)