Wednesday, April 22, 2009

model tahun ini...


Baru-baru ni aku berpeluang mendengar satu album yang aku download secara rawak sahaja...(maksudnya saja2 test & kebetulan sahaja). Album ni bertarikh 1978 (maksudnya beberapa tahun sebelum kelahiran saya heh). Walaubagaimanapun aku terpaku sebaik mendengarkan track kick-offnya iaitu 'No Action'...fresh, segar, bugar, dinamik! Aku sendiri merasakan tak banyak album2 selepas tahun kelahiran penulis (mahupun masa kini) yang mampu create satu atmosphere yang segar cenggitu. Dipendekkan cerita album ini bertajuk 'This Year's Model' dari Elvis Costello & The Attractions. Ada 12 lagu semuanya dan berdurasi 35:44 minit. Agak singkat sebenarnya pada durasi tapi tidak pada idea, hook dan melodi segarnya. Album ini sendiri diiktiraf dalam kebanyakan carta sebagai album terbaik eranya dan juga berada pada tangga ke-98 carta 500 album terbaik sepanjang zaman kelolaan majalah Rolling Stones. Selepas sahaja lagu 'No Action' yang sebenarnya sepanjang 1:58 minit sahaja....lagu 'This Year's Girl' pula menjelma lantas emosi bergolak dan terikut dengan hooknya yang sungguh melodious....hebat sungguh...bouncy, tasty, mantap...lantas kaki pon ikut bergoyang sendiri. 'The Beat' masih ok walaupn tak sehebat impak 2 track awal tapi mood dan tempo naik kembali pada lagu anthemic 'Pump It Up' yang juga merupakan single pertama album ini. 'Little Triggers' masuk...mellow tetapi texture yang sangat baik membuatkan lagu ini one of the favourite bagi aku oleh kerana elvis bawakan lagu ini sepenuh hati dengan vokal yang bekarakter. Memang vokalnya diexpose dan menguasai serta membentuk lagu ini. Antara lagu hebat lain seperti 'Hand In Hand', 'Lip Service', 'I Don't Want To Go To Chelsea', 'Radio Radio'.

Senang cerita sekali dengar kalian akan terbawa2 melodi lagu2 dalam album ni buat jangkamasa yang lama. Melekat kat kepala. Overallnya album ini berkonsepkan punk (sedikit pop) dan new wave (antara bentuk sound awal new wave ketika itu). Simple & catchy.enjoy.
Rating : 5/ 5

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
music enthusiast & entrepreneur