Saturday, May 2, 2009

Rezeki

Malam hari Jumaat yang lalu, tengah bersantai2 lepas pulang mencari rezeki...tiba-tiba salah seorang sahabatku mengalihkan rancangan television yang juga berjaya mengalihkan perhatian aku. Rancangan 'Grand Finale' One in Million yang memang hangat diperkatakan tu lah. Sebab apa ianya hangat diperkatakan (pada firasat aku la...) adalah oleh karena salah seorang daripada finalis yang tiga orang tu berebutkan hadiah utama bernilai wang satu juta ringgit adalah Shah Indrawan ataupun Tomok yang memang sudah dikenali rata2 masyarakat Malaysia wajahnya , Melayu khususnya. Ya RM1 000 000.Ada 6 sifar ya. Bukan 2 dan bukan juga 3.

Wow! Jadi tanpa tak sengaja aku pun tertarik nak lihat apa yang menariknya pada 3 orang finalis ni. Apa yang bestnya sampai pemenang dinobatkan sebagai jutawan pada akhir nanti. Adakah showmanship begitu menggetarkan jiwa penonton yang melihatnya saling tak tumpah seperti Freddie Mercury? Adakah peserta wanitanya yang bertubuh gempal tu mampu buatkan penonton terpaku dan terkesima dengan lontaran suara yang dasyat dan mantap laksana Aretha Franklin? Atau mungkin personanya sendiri sudah cukup buatkan penonton menggila seperti hangatnya persembahan Mick Jagger atau Jim Morrison?

Jadi aku tertanya2 dan ternanti apa yang bakal disajikan perserta finalis ini. Gegak gempita penonton di dewan persembahan akhir ni pun dah cukup hebat dah walaupun aku berada di rumah di depan TV 14 inci ni boleh terasa atmospherenya yang mampu menegakkan bulu roma tuh. Dasyat sekali. Jadi persembahan pun bermula lepas seorang, seorang lagi mengambil tempat dan setiap peserta diberi peluang menyanyi dua kali (kalau tak silap aku mana tau ada part yang aku terlepas pandang heh..). Dan Shah Indrawan lah yang paling menarik minat aku sebab bila sampai sahaja turn beliau, penonton menggila tak hengat terjerit terlolong tunggang terbalik muntah darah dan sebagainya. Wow!

Jadi aku tertanya2 sekali lagi apa yang ex frontman New Boyz ini (ex atau masih wujud lagi(?) sila betulkan kalau silap) mampu berikan dalam persembahan beliau sebab aku (walaupun agak negatif) bagaikan dah boleh expect apa yang bakal aku saksikan. Pernah juga aku bersama sahabat handai sebelum ini lepak berbual sambil mempersoalkan apa yang istimewanya beliau sampai berjaya ke final pertandingan ni. Ada yang kata Tomok dah lain rambut dah tak belah tengah lagi dah macam budak2 shuffle skang ni dah up-to-date beb dah tak main lagu tangkap leleh ni beb, ada yang kata Tomok tak sengau lagi, showmanship dah bagus, ada yang kata Tomok nampak laksana penghibur professional di pentas. Mm...

Jadi apabila beliau mengambil tempat di pentas final, tak pasti lagu apa yang dimainkan (tak ingat pun sebenarnya) bagi aku beliau ok & biasa2 sahaja. Tetapi aku cuma agak terkejut dengan kritikan juri profesional yang menghamburkan pujian yang tinggi melangit gah sekali dengan persembahan beliau. Tapi hakikatnya juara pada pertandingan ini adalah beliau iaitu Tomok yakni Shah Indrawan.

Sebenarnya apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah sesungguhnya rezeki itu di tangan Allah S.W.T. Sudah ditetapkan rezeki beliau maka begitulah hendaknya. Begitu juga dengan rezeki aku hanya Allah S.W.T yang tahu...

3 comments:

  1. penggunaan bahasa agak mengelirukan ;p..

    Tomok deserves it la..kenapa?

    sebab dia bersungguh, tak main2, tak malas2 dan komited..
    Allah sendiri da berjanji akan menolong hambaNya yang berusaha...

    Tanya la diri sendiri, dah cukup berusaha kah aku?..

    ReplyDelete
  2. Ya betul tu. Tapi setiap orang punya pandangan subjektif dalam certain thing. Mungkin dia layak...mungkin tidak? adakah peserta lain tak bersungguh? adakah peserta lain banyak main? adakah dorang tak komited? saya tak rasa macam tu. Itu sebab artikel di atas bertajuk 'rezeki' bukan 'tomok jutawan?' ataupun 'layakkah tomok menang sejuta' ye.

    ReplyDelete
  3. betol tu abd bard..adik sokong abg bard.. abg bard tukar saiz font tu bg besar sikit..cici tak dpt baca.. cici da berusaha ke???

    ReplyDelete

Followers

About Me

My photo
music enthusiast & entrepreneur